Jamuan Hari Raya Taman Jawi Indah 2016

Tahun ni jamuan hari raya TJI dianjurkan oleh Surau Al-Mustaqim TJI, KRT dan JKKK, masing2 bekerjasama menjayakan program yang dah lama penduduk TJI tak buat. Tahun ni kita pakat ramai-ramai buat sekadar yang termampu untuk memeriahkan lagi masyarakat TJI dan saling menghubung silaturahim sesama kita.

Alhamdulillah, pada 31 Julai 2016, Ahad, ber mula jam 11 pagi, program ini bermula dengan majlis bacaan yasin di surau TJI dan selepas itu sama-sama makan ramai2 ramai apa yang ada. Rezeki tahun ni amat murah, masing2 lorong telah menaja menu-menu yang enak-enak belaka seperti:-

Antara menu yg. telah dipilih seperti berikut:

1. Surau Al-Mustaqim - Nasi minyak + ayam ros, lemang, buah-buahan, minuman
2. JKKK - Khemah 1
3. KRT -  Khemah 3, satey
4. Jalan 2 - Bihun sup
5. Lorong 1 - Laksa
6. Lorong 3 & 5 - Nasi himpit kuah kacang, Mee kari
7. Jln Jawi Indah & Lrg 7 - Kambing golek 2 ekor
8. Lorong 8 - Ice cream, Cendoi
9. Jalan 1 - Tepung talam, Seri muka, Kueh lapis 
10. Kondo Rakyat - Mee Goreng, Koew Teow Goreng

Memang sedap, meriah dah seronok sambil2 boleh mengeratkan silaturahim penduduk TJI. Kehadiran ?? MasyaAllah sangat-sangat ramai, mai dari mana pun tak tau... penuh... Dok ingat makanan tak habis sebab banyak dan macam-macam menu dok ada, tapi hampir semua licin, cuma tinggai sikit jer baki, yang tu depa bungjuih bagi sapa yang nak bawa balik.

Jam 2.30 selesai sudah jamuan raya taman jawi indah tahun ni. Lepas tu bermula kerja2 housekeeping oleh semua warga kerja jamuan raya.

Terima kasih kepada semua lorong/jalan yang telah menaja makanan yang sempoi untuk jamuan raya tahun ni, terima kasih juga kepada mereka yang menyumbang khudrat dan tenaga sejak dari hari sabtu lagi bagi menjayakan program jamuan ramah mesra raya tahun ni. Tahun depan kita buat lagi sempoi punya. Jom tengok gambar yg. diambil oleh kameraman kita...

Tuan Amin jadi tekong kambing golek

Gerai mee kari

Kambing golek baru nak mula

Satey baru nak start bakar

Majlis Tahlil sebelum jamuan raya bermula

Satey tajaan KRT

makan jangan tak makan

Gerai kambing golek queue panjang nampak!

Barisan jawatankuasa (orang kuat2 belaka ni)

Queue utk kambing golek terus panjang berjela...

Gerai bihun sup superbb...

Gerai laksa 

Para tetamu yg datang memang ramai...

Muslimat pun ramai yang turun

Tuan S/U kita dok bagi arahan apa tuu..

Kanak-kanak yang paling kalut makan..

Sembang meja bulat, sambil dok tunggu kambing golek paaa...

Persiapan sebelum jamuan

Duduk keliling, penuh meja sampai tak cukup kerusi

Antara tetamu VIP kita Ust. Ismail dan Tuan Bilal Masjid Jawi

YB Mukhtar sedang dok bagi duit raya pada kana2...wow!!


Terima kasih semua.... 


0 comments:

Post a Comment