Solat Hajat & Bacaan Yasin sempena Peperiksaan UPSR Anak2 Kita

Alhamdulillah...
Program yg dianjurkan oleh pihak Surau pd mlm tadi telah berjalan dgn lancar dan dihadiri oleh Pengerusi Surau Ust. Badaruddin serta sejumlah warga taman.

Program yg bermula dgn Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ust. Mohd Zaki Abd Halim, disusuli dgn shalat hajat slps shalat Isya' dan bacaan Yaasin yg dipimpin oleh beliau sendiri. Program ini dibuat sempena mendoakan kejayaan anak-anak kita yang akan mengambil peperiksaan UPSR minggu depan dan juga anak saudara Johar yang akan sambung belajar ke Mesir.

Terlihat riak wajah yg begitu ceria pada warga taman yg hadir....mudah2an segala hajat yg bersarang di hati dimakbulkan oleh Allah SWT.

Dan Alhamdulillah, mlm tadi juga slps jamuan yg disediakan pihak penganjur, Ust Mohd Zaki telah sudi 'mentahnik' anakanda (lelaki) kpd sdr Omar Hassan, semoga Allah memberkati beliau sekeluarga. Tahnik tu apa, senang cerita belah mulut ler... Moga anak saudara Omar bakal jadi macam ustaz zaki, InsyaAllah.

Jom kita tengok gambar-gambar kandid yg sempat diambil.










Terima kasih

0 comments:

Post a Comment