Projek Pembangunan Lantai belakang Surau Bermula

Hari ni 9 Ogos 2016 bermula lah projek membina lantai bahagian belakang Surau Al-Mustaqim, memberi keselesaan kepada muslimat untuk solat dan menjalankan aktiviti. Dikhabarkan pada solat Raya Aidilfitri tahun ni, jemaah melimpah terutamanya kaum hawa, sampai tak cukup tempat. Alhamdulillah pihak surau telah merancang untuk menambah ruang kepada muslimat untuk solat, makan dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Peruntukkan ini sebahagiannya adalah dari YB kita dan sebahagiannya lagi adalah dari sumbangan tuan-tuan semua. Sumbangan dana ini masih dibuka dan jika tuan-tuan ingin menambah amal jariah, boleh lah bank-in di no. akaun tertera atau terus hubungi AJK untuk sumbangan. Bagi yang dah memberi sumbangan, moga Allah murahkan rezeki tuan puan semua dan memberi keberkatan.





Terima kasih semua

Jadual Pengajian Bulan Ogos 2016


Assalamualaikum semua, disertakan jadual pengajian bulan Ogos 2016, Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah. Jom kita pakat2 meramaikan majlis kuliah, kerana menghadiri kuliah agama seperti berada di Taman-taman Syurga. Moga kita mendapat keampunan dengan menghadiri majlis ilmu, Amin...

Jamuan Hari Raya Taman Jawi Indah 2016

Tahun ni jamuan hari raya TJI dianjurkan oleh Surau Al-Mustaqim TJI, KRT dan JKKK, masing2 bekerjasama menjayakan program yang dah lama penduduk TJI tak buat. Tahun ni kita pakat ramai-ramai buat sekadar yang termampu untuk memeriahkan lagi masyarakat TJI dan saling menghubung silaturahim sesama kita.

Alhamdulillah, pada 31 Julai 2016, Ahad, ber mula jam 11 pagi, program ini bermula dengan majlis bacaan yasin di surau TJI dan selepas itu sama-sama makan ramai2 ramai apa yang ada. Rezeki tahun ni amat murah, masing2 lorong telah menaja menu-menu yang enak-enak belaka seperti:-

Antara menu yg. telah dipilih seperti berikut:

1. Surau Al-Mustaqim - Nasi minyak + ayam ros, lemang, buah-buahan, minuman
2. JKKK - Khemah 1
3. KRT -  Khemah 3, satey
4. Jalan 2 - Bihun sup
5. Lorong 1 - Laksa
6. Lorong 3 & 5 - Nasi himpit kuah kacang, Mee kari
7. Jln Jawi Indah & Lrg 7 - Kambing golek 2 ekor
8. Lorong 8 - Ice cream, Cendoi
9. Jalan 1 - Tepung talam, Seri muka, Kueh lapis 
10. Kondo Rakyat - Mee Goreng, Koew Teow Goreng

Memang sedap, meriah dah seronok sambil2 boleh mengeratkan silaturahim penduduk TJI. Kehadiran ?? MasyaAllah sangat-sangat ramai, mai dari mana pun tak tau... penuh... Dok ingat makanan tak habis sebab banyak dan macam-macam menu dok ada, tapi hampir semua licin, cuma tinggai sikit jer baki, yang tu depa bungjuih bagi sapa yang nak bawa balik.

Jam 2.30 selesai sudah jamuan raya taman jawi indah tahun ni. Lepas tu bermula kerja2 housekeeping oleh semua warga kerja jamuan raya.

Terima kasih kepada semua lorong/jalan yang telah menaja makanan yang sempoi untuk jamuan raya tahun ni, terima kasih juga kepada mereka yang menyumbang khudrat dan tenaga sejak dari hari sabtu lagi bagi menjayakan program jamuan ramah mesra raya tahun ni. Tahun depan kita buat lagi sempoi punya. Jom tengok gambar yg. diambil oleh kameraman kita...

Tuan Amin jadi tekong kambing golek

Gerai mee kari

Kambing golek baru nak mula

Satey baru nak start bakar

Majlis Tahlil sebelum jamuan raya bermula

Satey tajaan KRT

makan jangan tak makan

Gerai kambing golek queue panjang nampak!

Barisan jawatankuasa (orang kuat2 belaka ni)

Queue utk kambing golek terus panjang berjela...

Gerai bihun sup superbb...

Gerai laksa 

Para tetamu yg datang memang ramai...

Muslimat pun ramai yang turun

Tuan S/U kita dok bagi arahan apa tuu..

Kanak-kanak yang paling kalut makan..

Sembang meja bulat, sambil dok tunggu kambing golek paaa...

Persiapan sebelum jamuan

Duduk keliling, penuh meja sampai tak cukup kerusi

Antara tetamu VIP kita Ust. Ismail dan Tuan Bilal Masjid Jawi

YB Mukhtar sedang dok bagi duit raya pada kana2...wow!!


Terima kasih semua.... 


Jamuan Berbuka Puasa Anjuran Lorong 8

Kalau pagi dan tengahhari sibuk menyediakan bubur lambok, malam tu pulak penduduk sama-sama berbuka puasa disurau tajaan dari lorong 8 yang diketuai oleh Ustaz Hasnan kita. Dengar citer kari kepala ikan, memang marvelous menu dia. Terima kasih kepada semua yg dok di lorong 8 kerana menaja majlis berbuka puasa pada tahun ni, InsyaAllah tahun depan boleh sponsor lagi. Bulan puasa tahun ni banyak sungguh mereka2 yang nak sponser majlis berbuka puasa dan moreh selepas tarawih, memang terbaek.

Jom kita tengok sapa yang makan paling banyak makan kari kepala ikan.

Masing2 khusyuk menikmati kepala ikan

Inilah meja raja kari kepala ikan

kanak2 pun suka makan kari kepala ikan nii...

Makan setalam, jangan berebut kepala ikan sudah...

Sabar, makan kurma dulu, lepas maghrib baru pekena kari kepala ikan

Antara remaja taman yg. sudi basuk pinggan, rajin depa

Tengok dlm pinggan tu sorang satu kepala...

Meriah dan seronok bukak posa ramai2 ni...

Muslimat juga turut serta buka posa di surau...

Gotong-royong Menyediakan Bubur Lambok

Selepas program jamuan berbuka puasa anjuran AJK Surau, esoknya pada hari Ahad 26 Jun 2016 aktiviti diteruskan dengan penyediaan bubur lambok. Aktiviti dimulakan dengan bergotong-royong bermula 11 pagi di surau . Alhamdulillah ramai warga TJI yang sama-sama datang menolong dan bergotong-royong menyediakan bubur lambok hinggalah kepada membungkus dan edaran kepada penduduk warga TJI.

Banyak jugak hari, hampir 500 bungkus, kita sedekahkan kepada IPD Jawi dalam 100 bungkus dan selebihnya utk penduduk taman. Cukup meria.... Tahniah semua yang menjayakan aktivi bubur lambuk tahun ni. Rasa, memang marvelous, terbaek. Jom kita tengok gambar dari lensa kamera yang sempat diambil.






Majlis Berbuka Puasa Anjuran AJK Surau

Bagi memeriahkan lagi Ramadhan kali ini, seperti biasa majlis berbukan puasa anjuran AJK diadakan pada 25 Jun 2016, selepas pada petangnya program memberi sumbangan kepada warga penduduk TJI. Program seperti memang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk TJI, ramai yg hadir utk sama-sama berbuka dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Sebelah pagi kita dah sama gotong-royong potong bawang, potong cabai, memasak. 

Maka magrib time untuk menikmati hidangan. Pada mulanya menu nasi briani kambing, tapi tak jadi, dari kambing tukar jadi ayam. Tapi cef kita tuan Zahit dan konco-konco menge terbaik, makanan memang marvelous. Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan suasana. Jom kita tgk lensa kamera yang sempat dirakam.


memang meriah, makan secara santai

Tuan Zahit dok sekodeng ja sapa nak kaih nasik dia dlm talam tu...

Ramai sampai tak cukup tempat

Amin melayan ayahandanya berbuka

Makan bertalam macam ni memang best

Tambah jangan tak tambah

Makan kurma dulu, lepas magrib baru pekena nasi briani

Kanak2 pun ramai, muslimat pun ramai


Sumbangan kepada penduduk warga Tmn Jawi Indah

Rezeki dibulan Ramadhan yg mulia ini amat murah, pihak surau menerima banyak sumbangan dari tuan puan semua, dan pada Sabtu, 25 Jun 2016, sekitar jam 3.30 petang AJK Surau bersama pimpinan KRT telah mengadakan program "Majlis Santunan Kasih", kami berkunjung rumah ke rumah warga TJI yg terpilih untuk memberi sedikit sumbangan kepada warga tua, ibu tunggal dan mereka yg. benar2 memerlukan bantuan.

Tahun lepas dan tahun sebelumnya, kami menjemput tuan puan untuk menerima sumbangan di surau, tapi tahun ni kita ubah sikit cara, pihak kami pulak pergi memberi sumbangan sambil boleh ziarah warga2 yg memerlukan bantuan.

Semoga program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Terima kasih kepada anda yang banyak mengyumbang untuk menjayakan perogram seperti ini. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan rezeki yang berganda InsyaAllah. Jom kita tengok lensa kamera yang sempat di ambil